BILAKAH GILIRAN KITA???

Apabila mayat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali: a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat. b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik. c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Thursday, December 2, 2010

22 TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR !!!


Berikut adalah tanda-tanda hari kiamat kian hampir...

Gambar Iklan Di Sebuah Saloon
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi. 
Gay Semakin Menjadi-jadi


10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga. 



15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya. 
Al-Quran Tersusun Rapi Di Dalam Alamari


18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

WALLAHUALAM..

AZAB BAGI WANITA !!!

(Tolong ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal)
Jadikanlah ini sebagai peringatan dan iktibar Wahai MUSLIMAH KU. Ketahuilah bahawa siksaannya lebih teruk lagi berbangding ini..WALLAHUALAM..
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat..
Renungan khususnya untuk para WANITA dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya
mengapa Rasulullah SWT menangis.

Baginda menjawab,
"Pada malam aku diisra'kan,aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.
Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksaannya.

Puteri Rasulullah SAW kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

1."Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya dan otaknya mendidih.

2.Aku lihat perempuan digantung lidahnya serta tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
 

3.Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya lalu dihulurkan ular dan kala jengking.
 

4.Dan aku melihat perempuan yang memakan badannya sendiri,di bawahnya dinyalakan api neraka. 
 

5.Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

6.Aku juga melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta lalu dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka serta merta otaknya keluar dari lubang hidung dan badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

7.Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar dan beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya.


8.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?


*Rasulullah SAW menjawab,

1."Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2.*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

3.*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak
taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.


4.*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


5.*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

6.*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia boleh solat tapi
tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

 

7.* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
ialah tukang umpat dan pendusta..

8.*Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah PERINGATAN KERAS kepada kaum perempuan...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat..

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal 
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala



LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat



LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

Gambaran Bagi Neraka..Namun..Bahang Api Neraka ialah 70 kali ganda dari api dunia..renungkanlah..

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

Bukan Gambar Sebenar


LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


Subhanallah..MasyaAllah..
Sama-samalah kita jadikan ini sebagat pedoman dan panduan dalam kehidupan kita ya..
INSYAALLAH SWT..
WALLAHUALAM..


10 PERMINTAAN IBLIS !!!


GAMBAR HIASAN


Iblis yang dilaknat Allah SWT terpaksa bertemu Nabi Muhammad SAW untuk mendedahkan semua rahsia yang dikehendaki baginda.

            Berikut adalah bahagian akhir jawapan makhluk laknat kepada setiap soalan baginda Rasulullah SAW. Nabi Muhammad bertanya kepada iblis berapa yang dimintanya daripada Allah SWT.

            Iblis menjawab 10 perkara lantas baginda bertanyakan apakah perkara berkenaan. Makhluk laknat itu menjawab: ``Aku minta agar Allah SWT membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Dia mengizinkan.

            Allah SWT berfirman, ``Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak dan janji mereka tidaklah janji syaitan kecuali tipu daya,`` (Al-Isra:64)

          1.  ``Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah SWT.

           2. ``Aku minta supaya Allah SWT membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan-Nya maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepaa syaitan.

           3. ``Aku minta supaya boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

           4. ``Aku minta supaya Allah SWT menjadikan kamar mandi sebagai rumahku, pasar sebagai masjidku, syair sebagai Quranku, pemabuk sebagai teman tidurku, dan memberikan aku saudara maka Allah SWT jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku,`` terang iblis kepada Nabi Muhammad.

            Allah SWT berfirman: ``Orang-orang yang boros adalah saudara-saudara syaitan,`` (Al-Isra:27)

            Iblis kemudiannya berkata: ``Wahai Muhammad, aku minta supaya Allah SWT membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

           5 ``Dan aku minta supaya Allah SWT memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia,`` katanya. Permintaan iblis itu diperkenankan Allah SWT yang menjawab:``Silakan.``

           6 ''Iblis memaklumkan dia bangga dengan hal itu kerana sehingga hari kiamat, sebahagian besar manusia bersamanya di hari penentuan berkenaan.

         7.   Iblis lalu terus berkata: ``Wahai Muhammad, aku tidak boleh menyesatkan orang sedikit pun. Aku hanya boleh membisikkan dan menggoda. Jika aku boleh menyesatkan, tidak akan tersisa seorang pun yang beriman. Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikit pun.
8.``Engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tidak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

``Orang yang bahagia adalah orang yang sudah ditulis bahagia sejak diperut ibunya dan orang yang sengsara adalah orang yang sudah ditulis sengsara sejak dalam kandungan ibunya,`` katanya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat bermaksud: ``Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT,`` katanya. (Hud:118-119). 

Baginda juga membaca ayat bermaksud: ``Sesungguhnya ketentuan Allah SWT pasti berlaku,`` (Al-Azhab:38)

9. Iblis lalu berkata: ``Wahai Rasul Allah, takdir sudah ditentukan dan pena takdir sudah kering. Maha suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga dan yang sudah menjadikan aku pemimpin makhluk celaka serta penduduk neraka.

10.``Aku si celaka yang terusir. Ini yang terakhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tidak berbohong,`` luah iblis